WAKTU SOLAT BAGI NEGERI KEDAH

Monday, December 20, 2010

MUTIARA KATA


"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus" 

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"


"Walau siapa pun kita, walau sehebat mana pun kita, walau berjaya setinggi langit pun. Tanpa doa dan restu si ibu yang melahirkan kita, maka tiadalah keberkatan hidup"

"Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe "

"Ingatlah, kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana kita berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain"

"Malam itu panjang dan jangan dipendekkan dengan tidur, Siang itu terang dan jangan digelapkan dengan dosa, Hati yang gersang, suburkanlah dengan zikrullah"

No comments:

Post a Comment