WAKTU SOLAT BAGI NEGERI KEDAH

Thursday, December 23, 2010

beringat wahai teman2

sedarlah bahawa kita sekarang menunutut ilmu berdasarkan belas kasihan dan simpati orang..anda terkejut mengapa saya kata begitu???

ini kerana duit PTPTN..

janganlah kita leka kerana duit PTPTN yang kita dapat 2 adalah amanah dari Allah...
jangan membazir.. beli barang yang perlu sahaja..

mungkin orang dah lali dengan teguran sebigini..namun tida lain tidak bukan sekadar hendak mengiatkan sahaja..

:-)

Tuesday, December 21, 2010

Ciri-ciri Insan Yang Berjaya

Salam sejahtera
Untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup ini adalah bukan sesuatu yang mustahil bagi sesiapa sahaja. Ini kerana setiap orang itu mempunyai peluang untuk mengecapi kejayaan dalam hidup mereka. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri yang menentukan bagaimana cara hidup mereka sama ada untuk menjadi orang yang berjaya atau pun tidak.
Sejak dari kecil lagi seseorang itu telah diajar bagaimana untuk berjaya di sekolah dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, berjaya masuk ke universiti, berjaya mendapat kerja yang dinginkan dan banyak lagi.
Tidak terkecuali sudah tentu saya juga sentiasa ingin menjadi orang yang berjaya didunia dan tidak lupa juga akhirat. Begitu juga dengan anda kan? Memang menjadi impian setiap orang untuk menjadi orang yang berjaya ni. Setiap individu yang berjaya mereka mempunyai ciri-ciri yang sentiasa mereka amalkan dalam hidup mereka. Ianya boleh kita dijadikan panduan atau sebagai ikutan untuk berjaya seperti mereka.
1) Berilmu dan cintakan ilmu pengetahuan
Orang yang berilmu akan sentiasa dipandang mulia oleh orang lain kerana ketinggian ilmu yang dimilikinya. Dengan ilmu seseorang itu akan berjaya didunia dan juga akhirat. Ciri-ciri individu yang berjaya mereka sangat cintakan ilmu pengetahuan kerana mereka tahu dengan memiliki ilmu hidup mereka akan lebih berjaya. Cara  untuk mendapatkan ilmu adalah dengan banyak membaca kerana dengan membaca ilmu pengetahuan seseorang akan semakin bertambah.
2) Yakin dengan diri sendiri
Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing dalam diri mereka. Oleh itu anda hendaklah sentiasa yakin yang anda juga hebat seperti orang lain. Jika orang lain boleh berjaya mengapa anda tidak kan? Semuanya berkenaan keyakinan yang ada dalam diri anda sendiri. Jika anda sudah tidak yakin dengan diri anda sendiri anda mungkin tidak akan dapat mengecapi kejayaan seperti apa yang anda impikan.
3) Sentiasa berusaha dan tidak berputus asa
Kejayaan seseorang itu bergantung kepada sejauh mana usaha yang mereka lakukan. Jika anda telah pun berusaha tapi kejayaan yang anda inginkan tidak seperti yang anda harapkan maka anda jangan lekas berputus asa. Orang yang mudah berputus asa tidak akan kemana-mana. Anda kena percaya walaupun anda telah banyak berusaha tapi semuanya Allah yang tentukan.
4) Tawakal kepada Allah
Setelah anda berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian yang anda impikan maka selepas itu anda bolehlah bertawakal kepada Allah. Ini kerana kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Anda telah pun berusaha setakat mana kemampuan anda. Dengan bertawakal bermakna anda yakin hanya Allah yang akan memberikan kejayaan kepada hamba yang diinginkanNya.
5) Syukur atas segala nikmat
Setelah kejayaan yang anda inginkan telah menjadi kenyataan maka sebagai seorang hamba hendaklah anda bersyukur kepadaNya. Ini kerana ianya sebagai tanda terima kasih atas segala nikmat yang diberikan olehNya. Dengan membantu orang lain juga menunjukkan tanda syukur atas kejayaan yang anda miliki.
6) Beriman dan bertakwa
Orang yang berjaya akan selalu berada dekat dengan penciptanya. Ini kerana kita tahu hanya Dia yang akan memberikan kejayaan bagi seorang hamba semasa hidup didunia dan juga akhirat. Keimanan dan ketakwaan adalah dengan menjaga segala amal ibadah seperti solat kerana solat adalah hubungan seorang hamba dengan penciptanya. Anda juga perlulah sentiasa berdoa supaya diberikan kejayaan dan kesejahteraan dalam hidup ini.
Kesimpulan, semua orang inginkan kejayaan dalam apa saja perkara yang dilakukan kerana ianya menjadi impian setiap orang. Tiada siapa yang ingin berada dalam kehidupan yang susah, kecewa, derita dan sebagainya. Sudah tentu anda selalu ingin hidup bahagia dan berjaya seperti orang lain juga. Tapi ingatlah dalam kita  mengejar kejayaan hidup didunia ini kita janganlah sampai lupakan kejayaan kita untuk hari akhirat juga. Sama-sama kita berusaha untuk mengecapi apa saja kejayaan yang kita inginkan dan selamat beramal.

Monday, December 20, 2010

salam mula


assalamualaikum...salam mula, salam bicara..saya muhd aizat serta sahabat saya efi membina blog ini bertujuan mencetuskan idea2 islamik. sesiapa ada pendapat yang lebih bagus dalam perkara ini kami dengan rendah diri memohon pandangan dan komen daripada anda..tidak kira umur dan pangkat. sekian

NASIHAT SEORANG IBU



AlDakwah.org---"Hai putriku, kamu akan berpisah dengan tempat kamu dilahirkan dan meninggalkan sarang tempat kamu dibesarkan, pindah ke sangkar yang belum kamu kenal dan kepada kawan pendamping yang belum kamu kenali sebelumnya."
Seorang Ibu memberi nasihat kepada putrinya ketika melepaskannya untuk diboyong sang suami dengan ucapan,
"Hai putriku, kamu akan berpisah dengan tempat kamu dilahirkan dan meninggalkan sarang tempat kamu dibesarkan, pindah ke sangkar yang belum kamu kenal dan kepada kawan pendamping yang belum kamu kenali sebelumnya."
"Dengan kekuasaan suamimu atas dirimu dia menjadi pengawas dan penguasa. Jadilah pengabdi baginya, supaya ia juga menjadi pengabdi bagimu."
"Hai, putriku, camkan pesanku yang sepuluh sebagai pusaka dan peringatan bagimu."
"Bergaullah (berkawan) atas dasar kerelaan (ikhlas). Bermusyawarahlah dengan kepatuhan dan ketaatan yang baik. Jagalah selalu pandangan matanya, jangan sampai ia melihat segala sesuatu yang buruk dan tidak menyenangkan hatinya."
"Jaga bau-bauan yang sampai kehidungnya, dan hendaklah ia selalu mencium wewangian darimu. Celak mata memperindah yang indah dan air dapat mengharumkan bila tidak ada wewangian."
"Jagalah waktu-waktu makannya dan ketenangan saat tidurnya, sebab perihnya perut disebabkan rasa lapar dapat mengobarkan amarah dan kurangnya tidur sering menimbulkan rasa jengkel."
"Peliharalah rumah dan harta bendanya, dirinya, kehormatannya, dan anak-anaknya. Sesungguhnya, menjaga harta bendanya ialah suatu penghargaan yang baik dan menjaga anak-anaknya adalah suatu perbuatan yang mulia."
"Janganlah engkau sekali-sekali membocorkan rahasianya dan jangan menentang perintahnya. Bila membocorkan rahasianya kamu tidak akan aman dari tindakan balasannya dan bila menentang perintahnya berarti kamu menanam dendam dalam dadanya."
"Janganlah engkau terlihat gembira disaat dia sedang sedih dan susah, dan jangan bersikap murung saat dia bergembira. Kedua hal ini dapat menimbulkan kesalahpahaman yang akan membuat keruh rumah tanggamu."
"Muliakanlah dia agar dia juga memuliakanmu dan banyaklah bersikap setuju agar dia lebih lama menjadi pendampingmu."
"Kamu tidak akan mencapai apa yang kamu inginkan, kecuali bila mengutamakn keridhaannya atas keridhaanmu, dan mendahulukan hawa nafsunya terhadap hawa nafsumu dalam hal-hal yang kamu senagi dan kamu benci."
Daripada
A. Aziz Salim Basyarahil.

MUTIARA HATI


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.
Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.

- Saidina Ali r.a - 

MUTIARA KATA


"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus" 

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"


"Walau siapa pun kita, walau sehebat mana pun kita, walau berjaya setinggi langit pun. Tanpa doa dan restu si ibu yang melahirkan kita, maka tiadalah keberkatan hidup"

"Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe "

"Ingatlah, kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana kita berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain"

"Malam itu panjang dan jangan dipendekkan dengan tidur, Siang itu terang dan jangan digelapkan dengan dosa, Hati yang gersang, suburkanlah dengan zikrullah"

Mutiara Al-Quran


MUTIARA AL-QURAN - JANGAN MENGELUH

Kita selalu Bertanya………………..dan Al-Quran sudah menjawabnya………KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?QURAN MENJAWAB “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (”I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?QURAN MENJAWAB “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” - Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA LAGI : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139
LANTAS KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” - Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?QURAN MENJAWAB “Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? - Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” - Surah At-Taubah ayat 129KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB “… ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” - Surah Yusuf ayat 12


RISALAH HARI INI

Tok imam sya telah mrantau hampir plusuk eropah dan rmai para ilmuan islam yang sy jumpe namun tiada siapa yg dapat menjawab soalan-soalan sy inie,boleh tak tok imam jawabkn? 

insyaallah anak muda.Apa soalanya?jawab tok iman tenang 

''saya ada 3 soalan tok 

Pertama apa itu TAKDIR? 

Kdua jika ALLAH itu wujud di mana DIA tinggal? 

Ketiga api itu panasdan syaitan dijadikan dari api.Mana mungkin syaitan akan bersa panas 
apabila dibkar api neraka yg mrupakan unsur kjadiannya? 

Imam tua itu berfikir sejenak 

Setelah beberapa minit dia merenung pemuda itu lantas menamparnya. 

"Knape tok imam tampar saya? 

Adakah kamu thu saya akan tampar kamu? tak thu jawab pemuda itu 

"Itulah takdir kita tak akan thu apa yang akan terjadi apa yang DIA aturkan. 
Kamu rasa sakit tak?" "Mestilah jawab pemuda iti tegang. 

Boleh kamu tunjuk rasa sakit itu? Tanya imam itu lgi. "Tak" jawab pemuda itu perlahan. 

"Itulah ALLAH kita rasa kwujudannya tapi kita takkan nampaknya. 

"Tangan saya dari tanah,pipi kamu asaldari tanah juga kan"?soal iman tersebut. 

"walaupun same unsurnya namun tetap terasa sakitnya kerana penciptaan ALLAH takkan silap dan pencaturannya sesekali tak penah tersalah.Wahai anak muda,perbaharui syahadahmu kerana kau telah persoalkan zatNyaYang Esa.Kembalilah kpada DIA",nasiht imam itu kpada pemuda itu yang menagis kesalatas kecetekan akidahnya terhadap ISLAM.